Sembang-sumbing

March 14, 2008

PKR Selangor akur kepada DAP yang BIADAP dan KURANG AJAR!

Filed under: Uncategorized — sembangsumbing @ 10:53 am

DAP, parti chauvinis Cina yang terkenal secara tradisinya dengan sifat dan sikap anti-Melayu itu MAKIN BIADAB dan KURANG AJAR!

Kemelut perlantikan Kerajaan Negeri baru Perak dan siapa menjadi MB dan Exco Perak makin menampakan KEBIADABAN DAP kepada seorang Raja Melayu.

Dipetik dari Utusan Malaysia hari ini:

DAP biadab — Arahan pulau majlis pelantikan MB Perak dianggap hina raja Melayu

Oleh: HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 13 Mac – DAP bertindak biadab apabila mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang sepatutnya berlangsung hari ini.

Beberapa pemimpin yang membidas tindakan DAP itu turut menegaskan, adalah satu penghinaan kepada institusi raja-raja Melayu jika ada mana-mana pihak yang tidak menghormati majlis tersebut yang merupakan sebahagian daripada adat istiadat Kesultanan Perak.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan DAP melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Penasihatnya, Lim Kit Siang semalam merupakan sesuatu yang di luar batasan.

“DAP secara terang tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati kedudukan kesultanan Melayu.

“Niat memulaukan istiadat pelantikan juga menunjukkan mereka hanya gilakan kuasa sehingga sanggup membelakangkan kesetiaan kepada raja dan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

DAP malam tadi mengarahkan kesemua 18 ADUN parti itu di Perak memulaukan majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar yang dijadualkan petang ini. Pada pilihan raya lalu, Barisan Nasional menang 28 kerusi Dewan Undangan Negeri, Pas (5) dan PKR (7).

Tindakan itu diambil berikutan keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah semalam melalui Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah memilih ADUN Pasir Panjang merangkap Setiausaha Perhubungan Pas negeri, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, sebagai Menteri Besar Perak ke-10.

Kit Siang dalam kenyataannya semalam menegaskan keputusan melantik Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar hanya mencetuskan kejutan dan kemarahan pimpinan, ahli serta penyokong DAP.

Sebaliknya menurut Kit Siang, DAP hanya bersetuju dua nama sahaja iaitu Pengerusi DAP Perak merangkap ADUN Sitiawan, Ngeh Koo Ham dan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Menteri Besar.

Majlis tersebut kemudian ditangguhkan selepas pihak istana mendapati DAP, Pas dan PKR tidak mencapai kata sepakat yang ketara dalam penubuhan kerajaan campuran.

Bagaimanapun hari ini, Kit Siang telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf dan menarik balik kenyataannya itu.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib pula dengan tegas menyifatkan kenyataan Kit Siang itu sebagai biadab.

“Jangan baru sehari dua berkuasa, sudah mula tunjuk belang. Memang ia biadab.

“Perlu ingat negeri Melayu ada adat dan pantang larang, sebab itu DAP jangan sesekali lupa pepatah, ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’.

“Saya percaya dalam hal ini bukan sahaja saya, tetapi puluhan juta lagi rakyat menjunjung kasih dan mengucapkan syabas ke bawah Duli Tuanku Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kerana terus menegakkan peruntukan Perlembagaan,” katanya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun Kit Siang sudah memohon maaf dan akur untuk menghadiri majlis angkat sumpah, namun langkah itu umpama ‘sudah terhantuk baru tengadah’.

“Sebagai rakyat Malaysia yang taat kepada institusi raja dan menghormati dasar-dasar negara, kita rasa terpukul dengan keangkuhan DAP yang seolah-olah mengundang api perkauman.

“Sikap yang keterlaluan dan melampau ini seolah-olah mengundang api perkauman supaya disemarakkan dan memang benar telahan umum selama ini DAP merupakan parti cauvinis yang bertopengkan konsep ‘Malaysian Malaysia’,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman pula berkata, perkembangan yang berlaku di Perak itu seharusnya menginsafkan orang Melayu.

“Sekarang kita nampaklah belang DAP. Tanya saya, memanglah biadab bila tidak boleh terima keputusan istana,” tegasnya.

Orang orang Melayu sudi berkongsi kuasa dengan kaum pendatang sebagai syarat Kemerdekaan bermakna kaum pendatang mesti menghormati hak hak dan kepentingan orang Melayu, sebagai Bumiputra tanahair ini. Ini formula yang berjaya mengekalkan perpaduan, harmoni dan pembangunan hamper sekata antara kaum kaum utama Negara ini, termasuk Selangor.

Menafikan orang orang Melayu dalam Selangor DEB, yang rata rata masih memerlukan program pembangunan dan penyusunan semula masyarakat seperti program pendidikan, pembangunan  fizikal dan ekonomi, adalah penentu bahawa nasib sebilangan besar orang orang Melayu, terutama diluar Bandar dibela. Pengecilan jurang perbezaan antara kaum merupakan salah satu kaedah utama untuk menegekalkan keharmonian dan mengurangkan rasa kurang-senang dan cemburu.

Malangnya, DAP kini menjadi rakan kongsi kerajaan-kerjasama-campuran PKR-DAP di Selangor juga. Belum apa apa lagi, Theresa Kok, Wanita DAP yang kini berjaya dipilih sebagai ADUN berangan menjadi Timbalan MB Selangor dan menghenti perlaksanaan semua program program bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO pernah sebut di Alor Setar baru baru ini bahawa Anwar Ibrahim, Penasihat PKR merupakan manusia bertopengkan segala sandiawara dan sanggup berkata apa sahaja, untuk menjadi popular kepada pelbagai kumpulan yang berbeza. Oleh itu, MB Selangor sekarang sedang memainkan sandiwara bahawa DEB akan tidak dilaksanakan di Selangor, sebagai memenuhi ‘syarat kerjasama’ pakatan jahat mereka dengan DAP!

Ini langkah DAP, melalui MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, berlaku BIADAB dan KURANG AJAR kepada orang orang Melayu Selangor.

Apakah mereka sudah lupa peristiwa rusuhan kaum berdarah 13 Mei 1969, bermula dalam Negeri Selangor juga????

JANGAN TEBUAN JANGAN DIJOLOK!!!!

Selangor tidak laksana DEB?

Filed under: Uncategorized — sembangsumbing @ 8:59 am

Lima selepas memenangi Pilihanraya Umum XII bagi negeri Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor Yang baru. Kemelut percaturan kerusi Exco pun bermula. DAP, yang memenangi kerusi kedua terbanyak, mengidamkan kerusi Timbalan Menteri Besar.

Theresa Kok, dikatakan telah dipanggil mengadap DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor. Selepas pertemuan ini berlaku, Kerajaan Negeri Selangor masih lagi belum berjaya dibentuk.

Semalam, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengangkat sumpah dihadapan baginda Tuanku Sultan. Namun begitu, barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor baru belum berjaya dibentuk. Ini kerana formula kerajaan campuran, antara tiga parti yang cuba tidir sebantal tapi mimpi lain lain ini belum dapat dipersetujui.

Theresa Kok, yang dikatakan berangan untuk menjadi Timbalan Menteri Besar, mewakili DAP telah menyebut bahawa Selangor juga tidak akan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), sebagaimana yang telah diumumkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP.

Namun begitu, hari ini MB Selangor Khalid menafikan hasrat Theresa Kok dan DAP itu. Beliau cuba berdalih dengan berkias bahawa Selangor tiada isu ketara mengenai DEB dan lantas orang Melayu di Selangor sebagai “Tidak memerlukan DEB”.

Dipetik dari Bernama.com:

13 Mac, 2008 23:23 PM

DEB Bukan Isu Di Selangor, Sebaliknya Tumpu Pembangunan Rakyat Tanpa Mengira Kaum

 

SHAH ALAM, 13 Mac (Bernama) — Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, hari ini berkata Dasar Ekonomi Baru (DEB) bukan isu di Selangor kerana kerajaan lebih mementingkan usaha untuk membawa pembangunan kepada rakyat tanpa mengira kaum.

Beliau berkata gabungan tiga parti, Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS, yang membentuk kerajaan negeri yang baru susulan pilihan raya umum lepas, tidak memihak kepada mana-mana kaum.

Sebaliknya keseluruhan penduduk Selangor akan menikmati hasil pembangunan, katanya kepada pemberita selepas majlis mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Selangor ke-14 di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan hari ini.

“Saya tidak nampak DEB sebagai satu isu, oleh itu saya tidak mahu membincangkannya. Apa yang saya akan bincang ialah sama ada sudah cukupkah yang kita lakukan untuk mereka yang memerlukan di kalangan orang Melayu, Cina, India dan lain-lain,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata: “Kita mesti menghormati hak yang diberikan kepada orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, namun tidaklah sehingga menjejaskan keharmonian masyarakat.”

Abdul Khalid juga berkata institusi Diraja atau Sultan di Selangor mesti dihormati kerana Sultan ialah ketua agama Islam negeri yang bertanggungjawab melindungi kepentingan dan kebajikan umat Islam dan orang Melayu.

Gabungan itu katanya akan meningkatkan pembangunan negeri, mewujudkan ekonomi yang cekap dan memastikan Selangor akan terus mencatat pertumbuhan.

Beliau juga memberi jaminan mengenai peralihan lancar kepimpinan lama dan baru yang diketuainya.

Abdul Khalid berkata: “Saya mesti memuji usaha yang dilakukan oleh bekas Menteri Besar (Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo) yang berusaha memastikan negeri itu mempunyai sumber dan rizab yang mencukupi untuk mengekalkan pertumbuhan.”

Ia merupakan cabaran kepada pasukan baru dalam meningkatkan pembangunan negeri dan dalam masa yang sama menghadapi cabaran global seperti peningkatan harga minyak dan komoditi, selain perkembangan perlahan ekonomi tertentu termasuk Amerika Syarikat, katanya.

Abdul Khalid berkata: “Usaha pertama saya ialah memastikan kami sekurang-kurangnya tidak meningkatkan kos operasi. Oleh itu saya akan mencadangkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri tidak berbelanja untuk mambaik pulih pejabat sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun.”

Kerajaan baru akan menggunakan apa yang dimilikinya sekarang bagi mengekalkan kos operasi termasuk mencadangkan kerajaan tidak membeli kereta baru untuk Menteri Besar yang baru, katanya.

Abdul Khalid berkata: “Yang akan kita lakukan ialah menubuhkan satu pasukan yang kami telah janjikan kepada rakyat Selangor yang telah mengundi kami. Mereka mahu melihat kami mengurus Selangor secara paling bekesan dan telus,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan berbincang sebelum membuat sebarang keputusan serta menetapkan asas bagaimana negeri wajar mengurus dan memastikan setiap langkah adalah tepat.

Abdul Khalid juga berkata barisan exco baru perlu meletakkan keutamaan yang lebih tinggi dalam meracang masa depan negeri dan bukan sekadar mendapat jawatan.

Beliau berkata:”Tuanku ialah sultan yang memantau siapa yang bekerja.”

Kerajaan campuran itu akan memastikan ekonomi yang mampan dan persekitaran perniagaan yang mesra bagi mendapatkan keyakinan pelabur serta usahawan, kata Abdul Khalid.

Ditanya mengenai janji-janji yang dibuat oleh pakatan itu menerusi manifesto pilihan raya, Abdul Khalid berkata beliau akan memaklumkan kepada media mengenai kemajuan pelaksanaannya serta inisiatif lain dua minggu sekali.

“Kebanyakan janji berkaitan kerajaan persekutuan namun saya akan pastikan kami dapat tawarkan kepada negeri ini,” katanya.

Mengenai dakwaan bahawa dokumen penting dimusnahkan dan bawa keluar dari pejabat kerajaan, Abdul Khalid berkata beliau akan menyiasat sendiri perkara itu apabila mula memasuki pejabat.

– BERNAMA

Nyata sekali, kerajaan-kerjasama-campuran yang tidak ikhlas ini, akan menyusahkan rakyat Selangor, terutama orang orang Melayu. Belum apa apa lagi, soal soal dasar sudah lagi menjadi isu antara mereka yang cuba menubuhkan kerajaan.

Apa akan jadi kepada orang orang Melayu diSelangor sekiranya mereka dibangunkan tanpa DEB dilaksanakan? Bukankah Selangor mempunyai kadar ‘kemiskinan bandaran’ (urban poverty) yang tinggi dan ini berkait rapat dengan isu isu social masyarakat Melayu urban?

Apakah orang orang Melayu akan menerima ‘DEB tidak akan dilaksanakan’ ini dengan terbuka? Bukankah hasrat DAP melalui kerajaan MB Selangor Khalid ini akhirnya akan mengundang kemarahan orang orang Melayu Selangor?

SARANG TEBUAN JANGAN DIJOLOK!!!!

Peristiwa rusuhan kaum berdarah 13 Mei 1969 bermula di Kampung Baru, Kuala Lumpur (masa itu Selangor) kerana Cina DAP menimbulkan kemarahan memuncak dikalangan orang orang Melayu, dengan segala penghinaan. Penafian perlaksanaan DEB di Selangor hari ini akan disifatkan orang orang Melayu sebagai ‘penghinaan, dalam tanah air sendiri’.

Hello world!

Filed under: Uncategorized — sembangsumbing @ 7:53 am

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Blog at WordPress.com.