Lima selepas memenangi Pilihanraya Umum XII bagi negeri Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor Yang baru. Kemelut percaturan kerusi Exco pun bermula. DAP, yang memenangi kerusi kedua terbanyak, mengidamkan kerusi Timbalan Menteri Besar.
Theresa Kok, dikatakan telah dipanggil mengadap DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor. Selepas pertemuan ini berlaku, Kerajaan Negeri Selangor masih lagi belum berjaya dibentuk.
Semalam, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengangkat sumpah dihadapan baginda Tuanku Sultan. Namun begitu, barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor baru belum berjaya dibentuk. Ini kerana formula kerajaan campuran, antara tiga parti yang cuba tidir sebantal tapi mimpi lain lain ini belum dapat dipersetujui.
Theresa Kok, yang dikatakan berangan untuk menjadi Timbalan Menteri Besar, mewakili DAP telah menyebut bahawa Selangor juga tidak akan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), sebagaimana yang telah diumumkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP.
Namun begitu, hari ini MB Selangor Khalid menafikan hasrat Theresa Kok dan DAP itu. Beliau cuba berdalih dengan berkias bahawa Selangor tiada isu ketara mengenai DEB dan lantas orang Melayu di Selangor sebagai “Tidak memerlukan DEB”.
Dipetik dari Bernama.com:
|
13 Mac, 2008 23:23 PM |
|
|||||
Nyata sekali, kerajaan-kerjasama-campuran yang tidak ikhlas ini, akan menyusahkan rakyat Selangor, terutama orang orang Melayu. Belum apa apa lagi, soal soal dasar sudah lagi menjadi isu antara mereka yang cuba menubuhkan kerajaan.
Apa akan jadi kepada orang orang Melayu diSelangor sekiranya mereka dibangunkan tanpa DEB dilaksanakan? Bukankah Selangor mempunyai kadar ‘kemiskinan bandaran’ (urban poverty) yang tinggi dan ini berkait rapat dengan isu isu social masyarakat Melayu urban?
Apakah orang orang Melayu akan menerima ‘DEB tidak akan dilaksanakan’ ini dengan terbuka? Bukankah hasrat DAP melalui kerajaan MB Selangor Khalid ini akhirnya akan mengundang kemarahan orang orang Melayu Selangor?
SARANG TEBUAN JANGAN DIJOLOK!!!!
Peristiwa rusuhan kaum berdarah 13 Mei 1969 bermula di Kampung Baru, Kuala Lumpur (masa itu Selangor) kerana Cina DAP menimbulkan kemarahan memuncak dikalangan orang orang Melayu, dengan segala penghinaan. Penafian perlaksanaan DEB di Selangor hari ini akan disifatkan orang orang Melayu sebagai ‘penghinaan, dalam tanah air sendiri’.
Jangan suka main api. Nanti terbakar diri sendiri.
Blog barulah
Comment by Apa Khabaq — March 14, 2008 @ 9:07 am
Hari ini kita melihat bahawa bukan melayu telah menguasai lebih kerusi dari pribumi. Macamana tiba-tiba mereka telah menjadi ramai?. Kebanyakan mereka ini adalah terdiri dari pemegang-pemegang kad pengenalan merah asalnya telah dibirukan oleh kerajaan Malaysia untuk menamatkan pengaruh dan gerakan sub-versive komunis yang telah diredakan pada sekitar 80an. Jadi kita tentu faham bahawa mereka ini asalnya komunis! tetapi telah mendapat kerakyatan Malaysia secara mudah.
Selepas dapat I/C mereka menuntut pula tanah kerajaan yang kononya telah diusahakan sejak sekian lama, Padahal mereka ini peneroka haram. Pemerintah (dulu) pulak dek kerana nakkan undi berilah geran tanah kepada mereka yang ternyata menyokong parti yang sama idologinya. Tinggallah si Luncai dengan labu-labunya
Comment by NOAH — March 22, 2008 @ 3:09 pm