Memang tidak dapat disangkal lagi. Kerajaan Negeri Selangor bawah pimpinan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim merupakan ‘kerajaan boneka’, yang tergamak gadai kepentingan Bangsa kepada kemahuan dan kerakusan cara BIADAP dan KURANG AJAR DAP!
DAP, sebagai rakan kongsi PKR dalam Kerajaan Negeri Selangor, sudah pun berhasrat untuk tidak melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam negeri Selangor, sebagaimana apa yang berlaku di Pulau Pinang dan MB Selangor Khalid member alasan bahawa “Selangor tidaklah lagi perlu diberikan penekanan dibawah program program DEB”.
Dipetik dari Utusan Malaysia:
Pentadbiran baru kerajaan Selangor didakwa boneka DAP
SHAH ALAM 14 Mac – Sekumpulan penyokong sebuah parti politik berhimpun secara aman bagi membantah pentadbiran kerajaan baru Selangor di hadapan pintu masuk Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.
Kumpulan itu turut membawa sepanduk yang membantah pendirian DAP untuk menghentikan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan mendakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas sebagai boneka kepada DAP.
Perhimpunan itu diadakan kira-kira pukul 2.50 petang selepas umat Islam di bandar raya ini menunaikan sembahyang Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan Shariff Abdul Wahid berkata, terdahulu kumpulan itu berarak ke pintu masuk bangunan berkenaan bagi membantah penubuhan kerajaan Selangor yang baru.
“Bagaimanapun, kesemua mereka bersurai kira-kira 20 minit kemudian dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku ketika perhimpunan itu berlangsung.
“Mereka juga mahu berjumpa dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi kita tidak memberikan kebenaran,” katanya kepada para pemberita di sini hari ini.
Pada pilihan raya umum Sabtu lalu, pakatan pembangkang iaitu DAP, PKR dan Pas telah memenangi 36 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) manakala Barisan Nasional (BN) memenangi 20 kerusi DUN.
Kemenangan itu secara automatiknya membolehkan ketiga-tiga parti terlibat membentuk kerajaan baru Selangor yang selama ini dikuasai BN.
Dalam pada itu, Shariff memberitahu, lebih 50 anggota polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah ditempatkan di bangunan tersebut untuk mengawal keadaan dan menghalang kumpulan yang menyertai perhimpunan itu daripada memasukinya.
![]()
Apa akan berlaku kepada orang orang Melayu Selangor, yang masih lagi memerlukan program program menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan, seperti pendidikan, subsidi program pembangunan ekonomi, pembangunan infrastruktur termasuk kommunikasi (dan ICT)?
Apabila diajukan mengenai persoalan perlaksanaan DEB di Selangor ini, Penasihat PKR Anwar Ibrahim, mengelak (divert) dan cuba berdalih dari isu sebenar.
Dipetik dari Bernama.com:
14 Mac, 2008 23:09 PM
Jelas Anwar Ibrahim dan PKR, tergamak mengadai apa sahaja untuk kuasa, termasuk hak dan maruah Melayu untuk dijarah oleh DAP yang KURANG AJAR dan BIADAP!
APAKAH ORANG MELAYU SELANGOR MASIH LAGI MAU BERDIAM DAN PELUK TUBUH, SEDANGKAN MARUAH BANGSA DIROGOL????
Rahim tambi cik yg merogol gadis sunti tidak dipenjarakan tapi hero cina (bukan jackie chan) tapi LGE di penjarakan>>>>>>>>>>
Comment by kake — March 21, 2008 @ 5:40 pm