Beberapa hari lepas, MB Selangor tan Sri Khalid Ibrahim telah ‘turun ke padang’ bersama Penasihat PKR Anwar Ibrahim, membuat ‘lawatan mengejut’ ke kawasan India di Rimba Jaya. Kunun kunun melunaskan tanggung jawab sebagai pemimpin kepada rakyat dan kunun kunun PKR sebuah parti yang amat perihatin kepada masyarakat Indian, yang kunun kunun ditindas atau dipinggirkan oleh kerajaan sebelumnya.
Setibanya di tempat itu, beberapa penduduk keturunan India berugama Hindu setempat membawa mereka kepada tapak dimana kuil mereka dirobohkan lewat tahun lepas. Kini sebagai pihak berkuasa baru, golongan keturunan India ini meminta kepada Khalid dan Anwar sebuah kuil baru, ditapak yang sama. Malah mereka menuntut kuil yang lebih besar lagi!
Dalam masa yang sama, berita pemimpin besar PKR ‘turun ke padang’ ini mula tersebar dan makin ramai penduduk setempat keturunan India berpusu pusu kearah mereka.
Kini tuntutan mereka lain pula. Bagi masyarakat setinggan keturunan India Rimba Jaya, mereka menuntut rumah. Tetapi mereka secara tegas mengatakan mereka tidak mahu rumah pangsa kos rendah. Mereka menuntut rumah teres dua tingkat!
Apabila ini berlaku, Khalid dan Anwar cepat cepat memberi alasan dan beredar, sebelum lebih ramai masyarakat keturunan India makin dekat dan menuntut macam macam lagi!
Mereka meninggalkan Datuk Bandar Shah Alam untuk berhadapan dan berurusan dengan masyarakat India Rimba Jaya.
Inilah ketokohan pemimpin baru Selangor!!!!