Sembang-sumbing

March 22, 2008

Kemelut formula Exco Kerajaan Negeri Selangor masih belum selesai

Filed under: Uncategorized — sembangsumbing @ 4:35 am

Isu perlantikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) masih belum selesai lagi sehingga hari ini, walaupun setelah 14 hari Pilihanraya Umum XII dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah dilantik dan mengangkat sumpah dihadapan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor, sembilan hari lalu.

Difahamkan baginda tidak member perkenan kepada formula kerajaan-kerjasama-camporan PKR-DAP-PAS yang menguna pakai komposisi kumpulan etnik dalam Exco formula 4-4-2 (Melayu-Cina-India), berbanding dengan formula 7-2-1 yang diguna pakai Kerajaan BN selama ini.

Dikhabarkan baginda mahukan formula 6-4 (Melayu-Bukan Melayu) dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor, iaitu bersesuaian dengan komposisi kumpulan etnik penduduk dan warga Selangor.

Kita sama sama lihat perkembangan ini……………………………..

No Comments Yet »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Blog at WordPress.com.