PKR-DAP menjanjikan pelbagai ‘habuan’ sebagai kempen intensif Pilihanraya Umum XII 2008. Telah ditakdirkan, mereka menang dan dapat menubuhkan kerajaan Negeri.
PKR-DAP-PAS menjanjikan ‘gula gula’ kepada rakyat, sebagai modal politik musim berkempen, seperti 20m padu air percuma/bantuan kewangan materniti/tadika dan sebagainya.
Memang seronok mempunyai Kerajaan Negeri yang bersifat ‘kebajikan’ ini. Apakah kerajaan Negeri Selangor kerajaan-kerjasama-camporan PKR-DAP-PAS akan melunaskan janji janji mereka?
Mampukah Kerajaan Negeri Selangor untuk menanggung semua janji janji ini?
Secara realistiknya, semua janji janji akan ditafsirkan dalam bentuk kos berjumlah RM 986 juta setahun. Yang nyatanya, penduduk Selangor meningkat dari 3.4 juta pada tahun 2000 ke 6 juta tahun 2008, berpunca daripada pertambahan penduduk dan migrasi rakyat seluruh Malaysia ke negeri paling maju dan ekonomi paling pesat dalam negara. Setakat ini, belanjawan tahunan Selangor dianggarkan RM 1.2 Billion; RM 600 juta belanja operasi, RM 600 juta belanja pembangunan.
Persoalanya bagaimana Kerajaan Negeri Selangor baru ini ingin melunaskan dan merealisasikan bil bertambah yang bakal akan ditanggung berjumlah RM 986 juta itu? Mana akan datang sumber kewangan sebanyak ini, kalau sekiranya dasar ‘kebajikan’ Kerajaan Negeri Selangor kunun kunun tidak akan membenbankan rakyat dengan cukai bertambah atau baru?
Itu belum lagi terangkum belanja operasi lain Kerajaan Negeri seperti gaji, sewa dan lain lain!
MAMPUKAH KERAJAAN PKR-DAP-PAS TUNAI JANJI????
Daripada di tindas oleh Iblis bernama UMNO biarlah aku duduk di bawah pemerintahan lain walau pun bukan Islam. Malah aku sanggup join DAP sekalipun dari berada di bawah cengkaman pengganas UMNO ni.
Comment by Zali — March 23, 2008 @ 12:24 pm
Mana ada orang nak janjikan racun masa berkempen? Apa-apapun rakyat Selangor nak tau rasa ‘menu’ yang disajikan…sekaranglah masanya. Tak lazatpun telah jugaklah untuk tempoh 5 tahun akan datang. Selepas tempoh tu kalau nak berubah selera…terpulang.
Harap-harap tak dihidang ‘gula-gula + racun’.
PRU akan datang siapa yang nak keluar mengundi?
Comment by Unclejarum — March 26, 2008 @ 7:31 pm
aku pun sama jugak .. bagilah diaorang peluang untuk memerintah . .
Comment by jo — March 27, 2008 @ 3:04 am
Kau ni memang berfikir kolot la..asyik2 nak burukkan org..bg la diorg peluang..tgk apa yg mampu dia buat..yg kau nak dengki nak hasut2 org ni apehal?Tak habis2 la org melayu mcm ni yg sebenarnya menghancurkan malaysia ni…KONON2 nak bersatu,tp last2 duit kita yg dia sapu…..pigi daaaaa!!!!!
Comment by ani — March 27, 2008 @ 5:51 am
Janji tetap janji, hak rakyat kena patuhi jangan jadikan rakyat sebagai anak-anak boleh di pergula-gulakan. Rakyat sedar belanja harian amat tinggi. Jadi PKR-DAP-PAS jangan menyanyi lagu Jamal Abdillah (KAU LUPA JANJI).. Wasallam
Comment by trojan — March 27, 2008 @ 10:59 am
[...] Perlantikan ini menunjukan bahawa MB Khalid bersifat populist; cuba ‘menawan hati’ golongan muda keturunan Bukan Melayu agar lebih cenderung kepada benar benar mengkaji kesan dan keberkesanan kenyataan, janji dan/atau tindakan yang dibuat. [...]
Pingback by Khalid ‘janji’ sesuka hati, bagi pihak DAP « Sembang-sumbing — March 27, 2008 @ 2:57 pm