Sembang-sumbing

March 14, 2008

Selangor tidak laksana DEB?

Filed under: Uncategorized — sembangsumbing @ 8:59 am

Lima selepas memenangi Pilihanraya Umum XII bagi negeri Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor Yang baru. Kemelut percaturan kerusi Exco pun bermula. DAP, yang memenangi kerusi kedua terbanyak, mengidamkan kerusi Timbalan Menteri Besar.

Theresa Kok, dikatakan telah dipanggil mengadap DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor. Selepas pertemuan ini berlaku, Kerajaan Negeri Selangor masih lagi belum berjaya dibentuk.

Semalam, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengangkat sumpah dihadapan baginda Tuanku Sultan. Namun begitu, barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor baru belum berjaya dibentuk. Ini kerana formula kerajaan campuran, antara tiga parti yang cuba tidir sebantal tapi mimpi lain lain ini belum dapat dipersetujui.

Theresa Kok, yang dikatakan berangan untuk menjadi Timbalan Menteri Besar, mewakili DAP telah menyebut bahawa Selangor juga tidak akan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), sebagaimana yang telah diumumkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP.

Namun begitu, hari ini MB Selangor Khalid menafikan hasrat Theresa Kok dan DAP itu. Beliau cuba berdalih dengan berkias bahawa Selangor tiada isu ketara mengenai DEB dan lantas orang Melayu di Selangor sebagai “Tidak memerlukan DEB”.

Dipetik dari Bernama.com:

13 Mac, 2008 23:23 PM

DEB Bukan Isu Di Selangor, Sebaliknya Tumpu Pembangunan Rakyat Tanpa Mengira Kaum

 

SHAH ALAM, 13 Mac (Bernama) — Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, hari ini berkata Dasar Ekonomi Baru (DEB) bukan isu di Selangor kerana kerajaan lebih mementingkan usaha untuk membawa pembangunan kepada rakyat tanpa mengira kaum.

Beliau berkata gabungan tiga parti, Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS, yang membentuk kerajaan negeri yang baru susulan pilihan raya umum lepas, tidak memihak kepada mana-mana kaum.

Sebaliknya keseluruhan penduduk Selangor akan menikmati hasil pembangunan, katanya kepada pemberita selepas majlis mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Selangor ke-14 di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan hari ini.

“Saya tidak nampak DEB sebagai satu isu, oleh itu saya tidak mahu membincangkannya. Apa yang saya akan bincang ialah sama ada sudah cukupkah yang kita lakukan untuk mereka yang memerlukan di kalangan orang Melayu, Cina, India dan lain-lain,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata: “Kita mesti menghormati hak yang diberikan kepada orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, namun tidaklah sehingga menjejaskan keharmonian masyarakat.”

Abdul Khalid juga berkata institusi Diraja atau Sultan di Selangor mesti dihormati kerana Sultan ialah ketua agama Islam negeri yang bertanggungjawab melindungi kepentingan dan kebajikan umat Islam dan orang Melayu.

Gabungan itu katanya akan meningkatkan pembangunan negeri, mewujudkan ekonomi yang cekap dan memastikan Selangor akan terus mencatat pertumbuhan.

Beliau juga memberi jaminan mengenai peralihan lancar kepimpinan lama dan baru yang diketuainya.

Abdul Khalid berkata: “Saya mesti memuji usaha yang dilakukan oleh bekas Menteri Besar (Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo) yang berusaha memastikan negeri itu mempunyai sumber dan rizab yang mencukupi untuk mengekalkan pertumbuhan.”

Ia merupakan cabaran kepada pasukan baru dalam meningkatkan pembangunan negeri dan dalam masa yang sama menghadapi cabaran global seperti peningkatan harga minyak dan komoditi, selain perkembangan perlahan ekonomi tertentu termasuk Amerika Syarikat, katanya.

Abdul Khalid berkata: “Usaha pertama saya ialah memastikan kami sekurang-kurangnya tidak meningkatkan kos operasi. Oleh itu saya akan mencadangkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri tidak berbelanja untuk mambaik pulih pejabat sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun.”

Kerajaan baru akan menggunakan apa yang dimilikinya sekarang bagi mengekalkan kos operasi termasuk mencadangkan kerajaan tidak membeli kereta baru untuk Menteri Besar yang baru, katanya.

Abdul Khalid berkata: “Yang akan kita lakukan ialah menubuhkan satu pasukan yang kami telah janjikan kepada rakyat Selangor yang telah mengundi kami. Mereka mahu melihat kami mengurus Selangor secara paling bekesan dan telus,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan berbincang sebelum membuat sebarang keputusan serta menetapkan asas bagaimana negeri wajar mengurus dan memastikan setiap langkah adalah tepat.

Abdul Khalid juga berkata barisan exco baru perlu meletakkan keutamaan yang lebih tinggi dalam meracang masa depan negeri dan bukan sekadar mendapat jawatan.

Beliau berkata:”Tuanku ialah sultan yang memantau siapa yang bekerja.”

Kerajaan campuran itu akan memastikan ekonomi yang mampan dan persekitaran perniagaan yang mesra bagi mendapatkan keyakinan pelabur serta usahawan, kata Abdul Khalid.

Ditanya mengenai janji-janji yang dibuat oleh pakatan itu menerusi manifesto pilihan raya, Abdul Khalid berkata beliau akan memaklumkan kepada media mengenai kemajuan pelaksanaannya serta inisiatif lain dua minggu sekali.

“Kebanyakan janji berkaitan kerajaan persekutuan namun saya akan pastikan kami dapat tawarkan kepada negeri ini,” katanya.

Mengenai dakwaan bahawa dokumen penting dimusnahkan dan bawa keluar dari pejabat kerajaan, Abdul Khalid berkata beliau akan menyiasat sendiri perkara itu apabila mula memasuki pejabat.

— BERNAMA

Nyata sekali, kerajaan-kerjasama-campuran yang tidak ikhlas ini, akan menyusahkan rakyat Selangor, terutama orang orang Melayu. Belum apa apa lagi, soal soal dasar sudah lagi menjadi isu antara mereka yang cuba menubuhkan kerajaan.

Apa akan jadi kepada orang orang Melayu diSelangor sekiranya mereka dibangunkan tanpa DEB dilaksanakan? Bukankah Selangor mempunyai kadar ‘kemiskinan bandaran’ (urban poverty) yang tinggi dan ini berkait rapat dengan isu isu social masyarakat Melayu urban?

Apakah orang orang Melayu akan menerima ‘DEB tidak akan dilaksanakan’ ini dengan terbuka? Bukankah hasrat DAP melalui kerajaan MB Selangor Khalid ini akhirnya akan mengundang kemarahan orang orang Melayu Selangor?

SARANG TEBUAN JANGAN DIJOLOK!!!!

Peristiwa rusuhan kaum berdarah 13 Mei 1969 bermula di Kampung Baru, Kuala Lumpur (masa itu Selangor) kerana Cina DAP menimbulkan kemarahan memuncak dikalangan orang orang Melayu, dengan segala penghinaan. Penafian perlaksanaan DEB di Selangor hari ini akan disifatkan orang orang Melayu sebagai ‘penghinaan, dalam tanah air sendiri’.

2 Comments »

  1. Jangan suka main api. Nanti terbakar diri sendiri.

    Blog barulah

    Comment by Apa Khabaq — March 14, 2008 @ 9:07 am

  2. Hari ini kita melihat bahawa bukan melayu telah menguasai lebih kerusi dari pribumi. Macamana tiba-tiba mereka telah menjadi ramai?. Kebanyakan mereka ini adalah terdiri dari pemegang-pemegang kad pengenalan merah asalnya telah dibirukan oleh kerajaan Malaysia untuk menamatkan pengaruh dan gerakan sub-versive komunis yang telah diredakan pada sekitar 80an. Jadi kita tentu faham bahawa mereka ini asalnya komunis! tetapi telah mendapat kerakyatan Malaysia secara mudah.

    Selepas dapat I/C mereka menuntut pula tanah kerajaan yang kononya telah diusahakan sejak sekian lama, Padahal mereka ini peneroka haram. Pemerintah (dulu) pulak dek kerana nakkan undi berilah geran tanah kepada mereka yang ternyata menyokong parti yang sama idologinya. Tinggallah si Luncai dengan labu-labunya

    Comment by NOAH — March 22, 2008 @ 3:09 pm


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: