Sembang-sumbing

March 17, 2008

Melayu hilang kuasa dalam Kerajaan Negeri Selangor!

Filed under: Uncategorized — sembangsumbing @ 4:23 pm

Terkini.

MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dijangkakan akan mengumumkan barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor dalam masa terdekat, selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor pada 13 Mac 2008.

Walaupun terdapat 36 kerusi DUN majoriti Melayu dari 56 kerusi DUN, dijangkakan barisan Exco Negeri Selangor akan HANYA dianggotai maksima 4 orang Exco Melayu.

Ini kerana Kerajaan-kerjasama-camporan PKR-DAP-PAS menerima pakai formula 4-4-2. Kesemua Exco dari DAP memang sudah tentu Bukan Melayu dan PKR telah menjanjikan bahawa HANYA 2 maksima Exco mewakili parti itu akan mewakili keturunan Melayu. 

Sebelum ini dibawah BN, formula Exco Kerajaan Negeri Selangor merupakan 7-2-1, menurut komposisi kaum. Ini telah menjadi formula yang berjaya dan mengekalkan perpaduan dan keharmonian antara kaum, sehinggakan Selangor dapat mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang amat membrangsangkan, lantas membawa pembangunan positif.

Persoalan sekarang, apa akan jadi kepada Melayu Selangor, apabila perwakilan orang Melayu dalam Kerajaan Negeri Selangor sudah menjadi minoriti dan terpinggir, sedangkan penduduk keturunan Melayu dalam negeri ini merupakan 55%?

Sudahlah sebelum ini, MB Khalid telah mengumumkan bahawa perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bukan lagi menjadi prioriti dalam Selangor. Khalid juga menafikan bahawa Kerajaan Negeri Selangor ini merupakan boneka DAP, walaupun sudah jelas, pengumuman Khalid itu merupakan gema nyanyian DAP, selepas Pulau Pinang dan Perak.

Yang nyatanya, masyarakat Melayu sekitar kawasan luar bandar dan desa sekitar Selangor seperti di Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Ulu Selangor, masih lagi memerlukan program pembangunan ekonomi dan masyarakat dibawah DEB. Ini terutama penghijrahan tahunan masyarakat Melayu dari tempat lain ke Selangor yang meningkat setiap tahun.

BANGKITLAH ORANG ORANG MELAYU SELANGOR! KALIAN TELAH MENJADI BANGSA ‘TERJAJAH’ DAN TERPINGGIR DALAM TANAH AIR SENDIRI!!!!

1 Comment »

  1. ORANG MELAYU SENDIRI YANG MEROSAKKAN ORANG MELAYU. ORANG MELAYU HADIAH PENYAPU SIAL KEPADA ORANG MELAYU.ORANG MELAYU ROBOH RUMAH ORANG MELAYU. ORANG MELAYU CAJ AIR HUJAN KEPADA ORANG MELAYU.ORANG MELAYU RASUAH ORANG MELAYU. MAKA ORANG MELAYU YANG SEDAR BERALIH ARAH. ORANG MELAYU ORANG MELAYU

    Comment by husin — March 21, 2008 @ 2:33 am


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: