Sembang-sumbing

March 19, 2008

Pemimpin PKR tidak sanggup layan kerenah rakyat!

Filed under: Uncategorized — sembangsumbing @ 6:06 pm

Beberapa hari lepas, MB Selangor tan Sri Khalid Ibrahim telah ‘turun ke padang’ bersama Penasihat PKR Anwar Ibrahim, membuat ‘lawatan mengejut’ ke kawasan India di Rimba Jaya. Kunun kunun melunaskan tanggung jawab sebagai pemimpin kepada rakyat dan kunun kunun PKR sebuah parti yang amat perihatin kepada masyarakat Indian, yang kunun kunun ditindas atau dipinggirkan oleh kerajaan sebelumnya.

Setibanya di tempat itu, beberapa penduduk keturunan India berugama Hindu setempat membawa mereka kepada tapak dimana kuil mereka dirobohkan lewat tahun lepas. Kini sebagai pihak berkuasa baru, golongan keturunan India ini meminta kepada Khalid dan Anwar sebuah kuil baru, ditapak yang sama. Malah mereka menuntut kuil yang lebih besar lagi!

Dalam masa yang sama, berita pemimpin besar PKR ‘turun ke padang’ ini mula tersebar dan makin ramai penduduk setempat keturunan India berpusu pusu kearah mereka.

Kini tuntutan mereka lain pula. Bagi masyarakat setinggan keturunan India Rimba Jaya, mereka menuntut rumah. Tetapi mereka secara tegas mengatakan mereka tidak mahu rumah pangsa kos rendah. Mereka menuntut rumah teres dua tingkat!

Apabila ini berlaku, Khalid dan Anwar cepat cepat memberi alasan dan beredar, sebelum lebih ramai masyarakat keturunan India makin dekat dan menuntut macam macam lagi!

Mereka meninggalkan Datuk Bandar Shah Alam untuk berhadapan dan berurusan dengan masyarakat India Rimba Jaya.

Inilah ketokohan pemimpin baru Selangor!!!!

2 Comments »

  1. Anwar nampaknya sudah Kemaruk betul nak jadi PM. Sibuk dia ke seluruh negara membeli orang. Meroyan sungguh Pak Sheikh kita ni. Tapi kalau dia dapat beli 30 orang tu, dia jadi PM tapi bukan PM yang diiktiraf rakyat. TAPI, PM beli… itulah kepandaian dia kan…?

    Comment by lookback — March 21, 2008 @ 11:51 am

  2. Tak sohor boleh jadi PM kerana beli orang, dan tak sohor kerana tak bertanding, oleh itu bertandinglah dulu untuk menentukan kemenangan Anwar sendiri, buktikan lah.

    Comment by zzp — March 25, 2008 @ 3:46 pm


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: